Wednesday, July 16, 2008
Debat,apa yang menarik?
Debat antara Datuk Seri Anwar dan YB. Sabery Chik yang diadakan pada selasa yang lalu 15 Jul o8 di Dewan Tun Syed Nasir Ismail, Menara DBP memang sesuatu yan ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang kerana ia merupakan sesuatu yang sukar untuk dipertemukan. Alhamdulillah kerana keterbukaan sikap kerajaan pimpinan Pak Lah debat seperti ini berjaya menerobos ke dalam media Malaysia. Itu tandanya amalan demokrasi kita kian subur dan rakyat kita matang.
Debat tentang kenaikan harga minyak itu walaupun retorikanya menyebelahi Anwar dan Sabery terpaksa berhadapan dengan hujah untuk mempertahankan pendirian kerajaan itu sebenarnya telah memerangkap pembangkang dalam premis untuk memperkuatkan hujahnya kerana tajuk yang diberikan itu sebenarnya tidak realistik bagi sesiapa yang memahami pasaran dan ekonomi gobal secara betul dan benar. Adakah mampu sebuah kerajaan yang akan memerintah dalam satu hari akan benar bersetuju untuk menurunkan harga minyak sedangkan di persekitarannya dia tahu pendapatan yang dijana untuk menjadi sumber dana terhidang bagi faedah negara dan rakyat? Hingga ke hari ini pun kerajaan negeri Selangor masih berteka-teki ntuk mnurunkan cukai pintu dan kemungkinan memberi 20 liter air percuma itu kelak mampukah bertahan untuk tahun berikutnya?
Penjelasan Anwar untuk menangani hal-hal ekonomi dan mengatasi bebanan kerajaan tidak dapat saya lihat melainkan beliau berpusing kepada isu-isu yang tidak ada kaitannya dengan premis kepada tajuk debat sehingga mengheret kepada soal-soal lain yang sebenarnya mengaburi mata penonton dengan mendedahkan ketirisan dan kebocoran yang kini telah pun diambil tindakan oleh kerajaan dalam soal tadbir urus yang lebih efektif, pencegahan rasuah melalui BPR, pengauditan yang lebih ketat dan defisit hutang yang rendah. Melalui retorika yang menjadi trademark utamanya, Anwar memanipulasi derita rakyat yang sengsara akibat kenaikan harganya yang sebenarnya sudah dirasai sebelum minyak naik sebanyak 30 sen dan selepas itu 70 sen lagi. Walaupun Sabery mempunyai fakta yang baik untuk memperjelaskan pendirian kerajaan tentang kenapa hargaminyak perlu distruktur semula, ketidak upayaannya menangkap hujah Anwar memperlihatkan kelemahannya yang amat ketara ketika membalas pertanyaan itu dan menjadikan Anwar dilihat dapat memanipulasi ketidak pengalaman Ahmad Sabery memantapkan pendirian kerajaan sehinggakan ketika Zulkifli Sulong bertanyakan soalan yang baik itu Sabery dilihat hiding behind the bush sedangkan hujah itu sepatutnyadijawab dengan objektij bahawa harga minyak yang dinaikkan sebanyak itu boleh mempertahankan kestabilan ekonomi Malaysia dan subsidi yang ada boleh memastikan perbelanjaan kerajaan lebih terkawal dan dana dapat dikekalkan pada paras meyakinkan serta boleh menjadi lebih kukuh apabila sahaja harga minyak turun dan pertambahan pendapatan kerajaan membolehkan kerajaan berbelanja lebih untuk faedah rakyat an pendapatan boleh meningkat dengan membuka lebih banyak peluang kerja dan pendapatan rakyat bertambah. Saya bagaikan agak terkejut Anwar meminta diturunkan 50 sen saja yang sekaligus membawa maksud dia sebenarnya bersetuju wajar ada penstrukturan baru harga minyak yang kita takrifkan beliau memahami keperitan kerajaan jika kita kekal memberikan subsidi yang jumlahnya berbillion-billion itu. Dengan pendirian itu sekaligus dia telah berpihak kepada pendirian Sabery tentang kewajaran menaikkan harga bahanapi itu tetapi Anwar telah bijak menggunakan kesempatan debat ini untuk menampilkan dirinya sebagai patriot rakyat terbanyak kerana kepetahannya berbahasa yang mana bakat dan kelebihan ini tidak ada pada Sabery sekaligus menenggelamkan penegasannya dalam debat ini. Jelas lawan berhujah berpihak pada Anwar dan Sabery wajar lebih banyak belajar dari pengalamanan dan keupayaannya membaca psikologi massa. Sabery sebenarnya bukan tandingan untuk Anwar walaupun tidak ada penyelesaian konkrit yang kita dapat daripada pengutaraan hujah penasihat PKR itu.
Pada satu segi pegangan Sabery yang berpendapat kestabilan ekonomi tidak bergantung kepada penurunan harga minyak ada asasnya kerana masalah kenaikan harga makanan dan inflasi misalnya tidak ditentukan daripada turunnya harga minyak di pasaran. Inflasi dan harga barang tetap akan meningkat kerana pengeluaran minyak dan simpanannya semakin kurang dan permintaan untuk bahan api akan terus meningkat akibat dari aktiviti manusia dalam semua sektor di seluruh dunia. Malaysia melalui sedikit kelebihan ini mesti memastikan harga minyaknya kompetetif di pasaran dunia melalui Petronas kerana sumbangan syarikat minyak itu untuk negara kita amatlah penting dan ini semuanya berkat kebijaksanaan Tun Razak dan Dr. Mahathir memperkasakan Petronas. Ini sepatutnya dilihat dengan lebih jujur oleh semua pihak daripada mengatakan kerajaan telah melakukan kerosakan hanya kerana minyak dinaikkan 70 sen. Benar kita merasakan bebanan itu tetapi kerajaan yang bertanggung-jawab telah memulangkan kembali wang rakyat dalam bentuk rebat yang dibayar mengikut kategori penggunaan bahanapi melalui kenderaan mereka dan ini dilakukan kerajaan dgn penuh tanggung-jawab manakala inflasi masih dapat dikawal. Bayangkanlah kalau Petronas tidak ada dan kita terlalu bergantung kepada Shell Exxon Mobil atau mana-mana syarikat minyak dari luarnegara? Kita bukan sahaja terus membelanjakan subsidi yang sia-sia malahan dana untuk sektor pembangunan negara kita akan lebih perlahan dan kerajaan akan menjadi negara yang asyik bergantung kepada dana luar seperti Bank Asia,BankDunia atau IMF. Jika ini berlaku, negara kita tidak akan menjadi seperti hari ini yang boleh dianggap ke hadapan dalam bidang teknologi, automotif, petrokimia dan sebagainya. Kita wajar berterima kasih kepada Petronas kerana sumbangannya kepada pendapatan negara dan hendaknya janganlah ditagih lagi sesuatu yang keterlaluan sehinggakan meminta syarikat itu menjual minyaknya dengan harga yang lebih murah kerana ia tidak praktikal sama sekali kerana jika pun Petronas masih mampu menawarkan harga tersebut bererti dia akan menangung beban hutang yang kian bertambah akibat daripada kos yang kian meningkat dalam sektor carigali dan aktiviti anak syarikatnya dan ini tentunya menjadikan ia tidak kompetetif berbanding syarikat minyak yang lain yang akhirnya boleh menjatuhkan Petronas sendiri. Kita perlu sedar subsidi minyak itu bukan sekadar dibayar kepada Petronas berdasarkan harga sebenar tetapi kepada syarikat-syarikat asing yang lain yang juga turut menjual minyak di negara kita. Krisis yang ada sekarang ini mesti dikaitkan dengan lain -lain faktor akibat daripada bencana alam, perubahan cuaca, krisis pengeluaran makanan, perang dan meningkatnya penghasilan biodiesel sebagai ganti bahanapi dan akhirnya menjadikan tanaman yang sepatutnya digunakan sebagai sumber makanan juga dijadikan sumber bahanapi sampingan yang terhasil daripada tumbuh-tumbuhan.
Anwar tidak memberikan alternatif yang meyakinkan untuk penyelesaian yang berlaku hari ini melainkan asyik bercakap tentang ihsan Petonas dan bailout yang dilakukan terhadap Perwaja dan insentif yang diberikan kepada syarikat yang melabur di negara ini, tugas sebuah kerajaan yang baik bukan semata-mata mengambil daripada mana-mana kongglomerat yang dipertanggungjawabkan menjana ekonomi negara tetapi memastikan ekonomi kekal mapan, kestabilan negara tidak terjejas dan kita mampu memikirkan penerokaan bidang baru untuk pergi ke luarnegara bagi memastikan kita memiliki kepakaran dan kemahiran yang strategik untuk kedaulatan rakyat dan negara kita.
Sayangnya penghargaan ini tidak dilihat oleh Anwar dan beliau lebih memfokuskan kelemahan kerajaan yang suatu ketika beliau juga pernah terlibat sama ketika mentadbir negara sebagai seorang negarawan. Sayangnya, beliau memilih jalan sukar untuk menjadi pemimpin negara sedangkan beliau hanya selangkah ke arah itu. Anwar sememangnya menjadi harapan orang Melayu untuk menjadi pejuang mereka dan beliau mesti sedar beliau perlu berubah, berubah dalam pendirian politiknya untuk kurang bersikap reaktif dan sopan dalam setiap indak-tanduknya kerana kontroversi yang melanda dirinya sukar untuk sekadar disanggah hanya melalui kenyataan politiknya semata-mata kononnya UMNO dan BN wajar ditukar dan berlaku komspirasi politik ke atas dirinya.
Pimpinan yan baik hadir daripada pemimpin harapan rakyat yang tahu mentadbir urus sebuah kerajaan dan psikologi rakyat dalam kerangka kesejatiannya memimpin, bukan sekadar retorika kosong yang hanya sedap didengar tetapi sebenarnya isinya kurang. Itu yang saya fahami dalam debat ini dan setelah sekali lagi saya mendengar debat itu pada pukul 11 malam nampaknya kita masih belum mampu menggantikan kehebatan Tun Dr. Mahathir sebagai seorang negarawan kerana tugas Perdana Menteri ialah mencetuskan pemikiran yang hebat, seorang genius politik dan tahu memasang angan untuk negaranya. Itu yang saya tidak temui dalam debat ini dan kita nampaknya hanya mengharap pemimpin apa yang ada ini saja walaupun sederhana tetapi peribadinya mulia dan katanya berlapik, sopannya terjaga. Hendaknya Pak Lah menjaga negara kita sebaiknya dan kita mohon Anwar kembali kepada landasan kepimpinan Melayu dan berikan dia ruang ke arah itu dan berhentilah mengajak anak muda keluar di jalanan melakukan demontrasi dan mengikat kepala seolah-olah hari ini kita akan pergi ke medan tempur. Kita orang melayu dan jadilah anak Melayu yang baik. Kita tahu Anwar memang pejuang Melayu yang baik.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment