Friday, August 1, 2008

Obama, biografi yang penuh warna

Obama, calon presiden Amerika dari parti Demokrat, itu yang kita tahu kini tetapi tidak ramai yang sebenarnya tahu dia siapa. Ada yang kata dia muslim, kristian atau atheis tetapi sebagai manusia biasa hidupnya amat menarik, ibu orang kulit putih, bapa, seorang negro dari Kenya yang pintar dan keluarga sebelah bapa Said Obamayang asalnya orang Islam, keluarga bangsawan Kenya yang pintar, kaya dan taat sekali kepada bekas penjajahnya. Yang menarik lagi tentang Obama, bapa tirinya Dwi Sontoro, orang Indonesia dan pantas sekali dalam usia mudanya Obama moleh berbahasa Melayu kerana pernah melalui sistem pendidikan di Indonesia.
Hussien Obama, nama sebenarnya kini dianggap calon paling layak menjadi Presiden Amerika dengan kepetahan bercakap yang luarbiasa, pintar dan lulusan harvad. Seorang peguam dan petah undang-undang. Obama banyak menceritakan kisah dari keluarga bapanya kerana di situ banyak peristiwa dramatik, ayahnya mati kemalangan dan dia ditinggalkan ayahnya dalam usia yang amat mentah. ia amat merindui ayahnya dan bila dia di Kenya, dia lebih merasakan keindahan di kampung laman ayahnya yang sarat dengan masalah, kemiskinan dan kepayahan. Dari situ dia belajar tentang hidup, tentang perjuangan dan sewajarnya membela orang-orang teraniaya. Adakah Obama akan menjadi presiden Amerika yang baik jika terpilih?
Soalan yang amat sukar untuk dijawab kerana pendedahan awal yang sarat dengan kehidupan dunia Barat yang penuh dengan rencah dunia. Sebenarnya orang Islam tidak mengharapkan banyak daripada Presiden Amerika kerana mereka tidak pernah mempedulikan nasib orang Islam dan mereka yang tertindas kerana cengkaman tangan-tangan ajaib di belakang mereka. Hegemoni, penjajahan dan imperialisme memang diketahui sendiri oleh Obama dan seperti mereka yang terdahulu tidak banyak yang dapat beliau lakukan untuk mengubah dunia melaiankan kuasa Allah yang lebih besar dari segala kebesaran. Jangan lupa juga dunia Barat kini mengalami perubahan yang agak luarbiasa kerana semakin ramai rakyatnya bertukar agama kepada Islam, agama yang setiap hari menjadi agneda besar untuk dimaki-hamun dan dikutuk akan segala kejahatan dan kebobrokannnya.
Jika Obama kembali ke akaraanya, dia harus berjuang ke arah ini, menyuburkan demokrasi, memperkasa kemanusiaan, menyayangi keadilan dan berbuat sesuautu yang lebih baik untuk mencorakkan waranya dunia yang berat sebelah ini, yang dipenuhi dengan kezaliman dan penguasaan Barat yang keterlaluan dalam semua hal. Jika beliau mampu mengubah senario ini memang beliau hebat dan semoga Tuhan akan memberikan kekuatan kepada orang-orang yang mendapat hidayahNya.
Adakah Obama akan menang ke atas Mcain...? Rasanya amat sukar untuk diramal kerana dunia ini tidak benar-benar adil. Ranjau dan dugaan menunggu Obama dalam setiap perjalanannya menuju ke kerusi Presiden Amerika. Dunia hanya akan aman jika orang Melayu menjadi presiden Amerika, mana tahu, ia mungkin boleh.

2 comments:

Anonymous said...

Hi Taufiq,

Selamat berpuasa. About Obama, that is good news! Pray he wins. Untuk kita apakah ada? Well, sometimes good things happen indirectly, who knows.

dilsm

Abdillah SM said...

Hi Taufiq,

Second thought: I wish to refer to your "Obama, biografi yang penuh warna". I suggest you try SURAU NET.
http://groups.yahoo.com/group/SurauNet/
I have it linked at my blog too. Salam.

dilsm