Monday, May 26, 2008

Bicara buku DBP Pekasa

Seronok melihat teman-teman kian megah dgn buku-bukunya. Mereka diberikan kredit dan diperkatakan secantik mungkin. Karya yang baik sewajarnya begitulah diperlakukan dan hendaknya penulis yang rajin berusaha untuk memperbanyakkan koleksi karyanya. Sebagai pemerhati saya gemar dan sukakan keadaan ini berterusan. Sekurang-kurangnya kerja saya ialah untuk memberi sedikit tag pada karya itu. Karya tidak seharusnya dilihat dari sudut memertabatkannya secara terus begitu saja. Ia wajar dilakukan berterusan. Cuma ada baiknya kita tidak terlalu menjurus kepada karya yg diterbitkan oleh DBP dan Pekasa saja kerana ada karya penulis kita yg baik mutunya diterbitkan oleh penerbit yang serius sasteranya seperti Pustaka Nusa, Utusan Publication dan Cerdik. Kita juga wajar memberi keadilan kepada mereka ini walaupun karyanya hanya diterbitkan secara persendirian atau eceran. Tidak kira apa fahaman an pembawaannya, sastera tidak ajar harus membina blok-blok tertentu. Kita adalah anak dunia dan anak semua genre sastera yang kerjanya memakmurkan kemanusiaan tanpa pilih bulu, bersikap telus, tulus dan mengingini yang jujur daripada penelaahdan penulisnya. Zaman menindas orang sudah berlalu dan yg tertindas pasti akan bangkit juga akhirnya kerana akal yang baik bermula dengan jiwa yang baik. Saya berbangga dapat membicarakan buku Rosani Sari rahsia terindah kerana mampu merasai keindahan karyanya.

No comments: