Wednesday, February 4, 2009
Belajar main drama
Kadangkala melihat episod demi episod yang berlaku di Perak memperlihatkan keseronokan orang bermain dengan catur. Sebagai penulis dan peminat drama, saya bagaikan tekun dan terpegun mengikuti rentetan peristiwa ini. Bermula dengan pengumuman Ketua Penasihat PKR menyatakan kemungkinan besar ahli-ahli BN melompat kepada arena yang baru, keadaan terjadi sebaliknya. Dalam diam secara halus adun-adun PR nampaknya bosan dengan gelagat ketua mereka dan mula menjadikan keadaan kelam-kabut. Senyum MB Perak dengan laungan demokrasinya semasa kemasukan sebentar adun Bota ke dalam PKR nampaknya sekadar gumbira sementara dan keadaan menjadi parah dengan gelagat si Adun Bota yang kembali ke pangkuan ibunya. Nampaknya macam jadi spy aje kot. Hehehe! Kini si MB tu sangat berdukacita selepas bergelak ketawa dengan pengumuman akan ramailah pendekar-pendekar BN akan keluar meninggalkan UMNO. Hai entahlah, cakap sapa yang betul ni kitapun tak tau tapi yang saya fahami daripada kejadian ini, kadangkala kita tidak boleh cakap besar dulu dan mempermainkan politik untuk berlagak dan menunjuk kuasa apatah lagi menyalahgunakannya. Tuhan tak suka dan ini telah terjadi. Nampaknya kerja pujuk memujuk orang bagaikan cerita yang tidak pernah berhenti bermula dari dahulu lagi di mana wakil rakyat mudah sekali bereksperimen dengan kuasa dan membelakangi kepentingan umum yang mahukan mereka memperlihatkan urustadbir yang baik. Dari awal lagi pakatan PR bukanlah pakatan yang kukuh, dengan komposisi yang rapuh disusuli lagi dengan kelemahan MBnya dalam mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam, keadaan menjadi lebih parah bilamana beliau dilihat sekadar badan yang sekadar duduk di atas kerusi menjadi rubber stamp kepada keputusan yang dibuat oleh orang yang paling berpengaruh di sebelahnya. Lebih dukacita barisan exconya pula gagal berperanan mengimbangi keputusan-keputusan yang merugikan orang Melayu ini. UMNO dengan cepat menghidu kelemahan ini dan mengeksploitasinya sebaik mungkin ditambah lagi kelantangan barisan pembangkang yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak, menjadikan keadaan menjadi tidak selesa dan memedihkan hati majoriti orang Melayu di Perak. Itu kata analisis yang saya baca. Tapi hal itu bukanlah perkara pelek sebenarnya kerana tafsiran undang-undang dan peraturan terletak di tangan orang yang memegang kuasa dan legislatif. Mereka boleh cabar mencabar dan tuduh menuduh. Siapa yang lebih bijak dan kuat, dialah yang paling menonjol. Ini telah diperlihatkan sejak zaman azali lagi dan rakyat bagaikan terdorong untuk memuja hero-hero baru yang mereka anggap boleh membela mereka manakala yang dilihat pasif dan kurang agresif, selalunya bakal tumbang. Nampaknya dalam politik negara kita rakyat dan pemimpin belum belajar untuk lebih rasional dan berfikir menjadi lebih baik. Saya melihat PR belum lagi mampu mentadbir negeri dan negara dengan lebih berkesan berdasarkan senario yang mereka tunjukkan, dengan keadaan di Kelantan yang sekadar lembab begitu, ekonomi Pulau Pinang yang merudum, Perak yang kecoh dan Selangor yang sarat dengan permasalahan tadbirurus, kita mengharapkan mereka sama-sama berganding bahu dengan BN untuk duduk semula memikirkan apakah yang terbaik untuk rakyat. Saya tidak nampak apa yang telah PR kotakan dalam janji manifesto mereka untuk menjadikan kerajaan mereka lebih baik berbanding BN. Yang lebih dahulu mereka fikirkan adalah tukar kereta rasmi dengan jenama yang lebih mewah dan canggih sedangkan isu tanah runtuh dan rumah murah rakyat belum lagi selesai-selesai. Rekod dan personaliti yang mereka tunjukkan pada 5 buah negeri yang mereka kuasai tidak menampakkan mereka lebih baik berbanding BN malahan dianggap lebih buruk dan merugikan berdasarkan kualiti kepimpinan yang mereka telah tunjukkan. Entahlah, harap-harap kerajaan yang ada ini terus stabil dan siapa pun yang jadi ketua eloknya jangan cakap besar, ego, besar kepala atau membelakangi hasrat umum yang memerintah mereka. Merendah dirilah dan jaga hati rakyat sebaiknya, bukan jadi orang lupa diri dan mula fikir bagaimana nak cepat kaya melalui kuasa yang mereka ada. Jika gitulah tabiatnya, baik suruh aje beruk memerintah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment