Sunday, June 21, 2009
Penulis Sarawak, yang yang kita inginkan
Sebagai penulis dan aktivis sastera, tidak ada apa yang ingin saya impikan melainkan memiliki sebuah persatuan yang baik, terjaga, terbela dan mampu dibanggakan. Itu sahaja yang tersimpan dalam kalbu saya dan semua orang melihat kewujudannya dengan penuh jujur dan ikhlas, prihatin kepada mereka yang ada di bumi Kenyalang ini, yang menggelarkan dirinya penulis. Sayangnya setakat ini, ia belum kita capai lagi dan ini merupakan satu cabaran besar kepada bidang kesusasteraan negeri kita. Kini kita kian dekat ke arah ini dan Pekasa akan memberikan kita harapan ke arah itu, diurus tadbir dengan sikap yang jelas, memberi peluang dan pulangan kepada penulisnya serta mampu berdiri di atas kaki sendiri dengan memiliki rumah, aset dan dana. Ini boleh kita capai dengan sikap dan keinginan untuk menukar cara kerjanya, settingnya dan kesepaduan antara berkarya dan memberi ruang kerjasama kepada golongan konglomerat untuk sama bergerak dalam kerangka kerja Pekasa.
Ini bererti Pekasa melalui satu lagi sub entitinya akan bergerak dalam aliran kesusasteraan dan kesenian secara profesional ke dalam kancah niaga dengan berganding bahu bersama-sama usahawan yang baik untuk memajukan dirinya. Oleh kerana kita tidak mempunyai kekuatan dari segi kewangan maka tidak salah kita memikirkan satu kaedah bagaimana kita boleh bekerjasama dengan ahli perniagaan untuk memasarkan aset bakat dan karya penulis kita menjadikannya karya yang boleh dikomersial dan ditonton samada secara persembahan mahupan literal. MOU ke arah ini perlu difikirkan kerana kita boleh mendapatkan geran untuk menjadikan karya penulis tempatan dapat dijadikan teks sastera, drama samada melalui teater, drama tv, persembahan dan lainnya yang akhirnya menguntungkan penulis. Kita wajar memikirkan ke arah kerangka ini kerana penulis perlu diberikan nilai untuk meneruskan kehidupannya di samping karyanya dihargai. Ini tugas berat kita dan kita perlu sama-sama bekerja, bersatu dan bermuafakat.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tahniah atas perlantikan sdr sebagai Ketua Satu Pekasa. Semoga usaha sdr mencapai kejayaan dalam mengangkat martabat penulis Sarawak.
Salam.. Tahniah..
Post a Comment