Wednesday, October 3, 2007


Penulis Sarawak penulis jalanan,


Isu siapa penulis Sarawak dan siapa penulis mapan, penulis diiktiraf dan penulis anugerah sering menjadi percakapan mereka yang bergelar penulis. Penulis bnila bertemu penulis, mereka jadi kritikal. Mereka mula mempersoal macam-macam perkara. Hal sebegini bukanlah pelek dan salah. Sesiapa saja bebas menyuarakan pandangan tetapi jangan menghukum orang.

Penulis mesti kritikal, mereka tidak boleh rigid kerana sikap demikian menjadikan dunia sastera kita tidak berkembang. Dunia kita penuh dengan lambang, isu, pertikaian dan segala macam perbezaan. Dalam soal politik pun penulis berbeza pembawaan. Ada sokong si anu dan si anu. Semuanya kerana kita percayakan idealisme masing-masing. Sebagai penulis kita mesti menyatakan perkara yang kita fikirkan betul dan benar. Jangan lari dari kesedaran untuk membangunkan mindan dan kemanusiaan.

No comments: