Sunday, June 21, 2009
Penulis Sarawak, yang yang kita inginkan
Sebagai penulis dan aktivis sastera, tidak ada apa yang ingin saya impikan melainkan memiliki sebuah persatuan yang baik, terjaga, terbela dan mampu dibanggakan. Itu sahaja yang tersimpan dalam kalbu saya dan semua orang melihat kewujudannya dengan penuh jujur dan ikhlas, prihatin kepada mereka yang ada di bumi Kenyalang ini, yang menggelarkan dirinya penulis. Sayangnya setakat ini, ia belum kita capai lagi dan ini merupakan satu cabaran besar kepada bidang kesusasteraan negeri kita. Kini kita kian dekat ke arah ini dan Pekasa akan memberikan kita harapan ke arah itu, diurus tadbir dengan sikap yang jelas, memberi peluang dan pulangan kepada penulisnya serta mampu berdiri di atas kaki sendiri dengan memiliki rumah, aset dan dana. Ini boleh kita capai dengan sikap dan keinginan untuk menukar cara kerjanya, settingnya dan kesepaduan antara berkarya dan memberi ruang kerjasama kepada golongan konglomerat untuk sama bergerak dalam kerangka kerja Pekasa.
Ini bererti Pekasa melalui satu lagi sub entitinya akan bergerak dalam aliran kesusasteraan dan kesenian secara profesional ke dalam kancah niaga dengan berganding bahu bersama-sama usahawan yang baik untuk memajukan dirinya. Oleh kerana kita tidak mempunyai kekuatan dari segi kewangan maka tidak salah kita memikirkan satu kaedah bagaimana kita boleh bekerjasama dengan ahli perniagaan untuk memasarkan aset bakat dan karya penulis kita menjadikannya karya yang boleh dikomersial dan ditonton samada secara persembahan mahupan literal. MOU ke arah ini perlu difikirkan kerana kita boleh mendapatkan geran untuk menjadikan karya penulis tempatan dapat dijadikan teks sastera, drama samada melalui teater, drama tv, persembahan dan lainnya yang akhirnya menguntungkan penulis. Kita wajar memikirkan ke arah kerangka ini kerana penulis perlu diberikan nilai untuk meneruskan kehidupannya di samping karyanya dihargai. Ini tugas berat kita dan kita perlu sama-sama bekerja, bersatu dan bermuafakat.

Wednesday, June 17, 2009
Me, myself and I
Me, Myself & I
Shaykh ul –Islaam Ibn Al Qayyim as-Salafi -Rahimullaah-
From his book ‘Za’ad al-Ma’aad’
Translated byAbbas Abu Yahya
Ibn al-Qayyim said:
‘Every Muslim should be warned of the oppression of:
‘I – My/Mine – I Possess’
Indeed these three words are what Iblees (Shaytan), Fir’awn and Qaroon were tried with.
Iblees said: ‘I am better than him’
Fir’awn said: ‘Is not mine the Kingdom of Egypt,’
Qaroon said: ‘This has been given to me only because of knowledge I possess.’
So regarding the saying of the Slave of Allaah ‘I’ – then the best that he can be described with is:
I am a slave who sins, makes mistakes, seeks forgiveness and recognizes this.
So regarding the saying of ‘My/Mine’ – and those statements similar to that is:
My sins, my crimes, my humbleness, my depravation and submissiveness.
So regarding the saying of ‘I Possess’:
Forgive me for my mistakes and what I do intentionally, in jest, or in seriousness and I possess all these shortcomings.
[Taken from ‘Za’ad al-Ma’aad’ 2/475 – By Ibn al-Qayyim al-Jawzeeyah]
url reference:
http://followingthesunnah.wordpress.com/2009/06/16/me-myself-i/

Monday, May 18, 2009
Becoming a man
Nevertheless, most of us want something good for us. To make ourselves look good by others, we tend to make and sell ourselves good. The characteristics, quality and personalities are all created to make people know us we are truly a good people. No problem if we can be do that as we know that perfectly we are good, sincere with all our move. Now sadly to say, we always called ourselves better, educated and more knowledgeable but actually we are not. Years before, most of our people are not sekolah tinggi but their mind, heart and soul, obviously much sincere and honest even to the extend they had been exploited by those hypocrites. These personalities differ them from us, look good genuinely as compared to us look good but inside, we are saturated with bad manners and ill feeling. Truly, we are not man enough to face the music and the challenge of life. We exploite others to the maximum level just to develop the bad intention of our philisophy, our mood and urge. This is the responsibility of a kind hearted writer. To develop the good man kind and stop all the wrongdoings and poor heart management. Lihatlah sekarang ini kita didedahkan dengan segala permainan orang jahat yang pandai bermain topeng yang tidak menjanjikan nilai persahabatan yang baik, yang kita temui semakin ramai yang gila kuasa, tamak haloba dan keinginan untuk mempergunakan apa jua kaedah untuk menunjuk belang, menegak benang sendiri tanpa mempedulikan apakah kesan daripada kebobrokan yang telah kita lakukan. Berhentilah jadi pak turut yang hanya menjadi pengikut dan penyokong membuta tuli, sayangi bangsa kita, sayangi perpaduan kita dan sayangi kestabilan yang telah kita bina bertahun-tahun lamanya ini. Jangan kita runtuhkan sesuatu yang memberikan kita keamanan hanya kerana kerakusan dan seronokan melihat orang jatuh dan tumbang-menumbang kerana Allah akan melaknat kita jika nilai hati dan kalbu kita sarat dengan kejahatan dan kemunafikan. Tanpa nilai yang tulus dan kejernihan mata fikir ini, bukanlah kita digelar manusia sebenarnya kerana tuhan menjadikan kita untuk membawa fitrah ini. Bukan jatuh menjatuh, tuduh menuduh dan rosak merosaki.
Thursday, March 19, 2009
Budaya Sarawak yang Indah
15-21 Mac 2009 merupakan tarikh penting dalam kalendar YBMS di mana sepanjang minggu kita dihidangkan dengan rentetan aktiviti daripada Yayasan Budaya Melayu Sarawak. Pelbagai aktiviti diadakan dan yang menariknya kita merasakan orang melayu di Sarawak masih wujud dan sayangkan warisan milik mereka. Namun sayangnya, majlis dan aktiviti yang sedemikian mulia tidak ramai yang menyedarinya. Samada publisiti yang kurang meluas atau apa-apa halangan yang sinonim dengannya, tenaga penggerak dalam YBMS nampaknya gagal menarik audiens untuk mendengar ceramah tokoh yang diadakan pada 17 Mac itu misalnya. Dengan cerita yang menarik dibicarakan oleh pembicaranya, kita serasakan bahawa usaha yang cukup murni itu bagaikan menjadi sia-sia kerana yang hadir mendengar ceramah cuma beberapa kerat orang sahaja sedangkan isinya sangat bermakna dan penting sekali untuk menyedarkan umat Melayu di Sarawak agar mereka lebih sedar diri. Di mana mereka, mungkin berlonggok di kafe atau cofee house memikirkan hal-hal mereka yang lebih penting. Mungkin mereka sibuk dan tidak perlu memikirkan tentang nasib seluruh orang melayu di negeri Sarawak Darul Hana ini. Sewajarnya kita mengucapkan terima kasih kepada YBMS kerana memikirkan hal itu dan hendaknya jawatankuasanya dilingkungi juga orang-orang baru yang lebih energetik membantu ahli-ahli mereka yang ratanya terdiri daripada orang pencen yang pergerakannya tidaklah selincah orang muda. Mungkin sebab itulah seminar mereka nampaknya lesu dan lembab dan penyertaan audiens boleh dihitung jari. Saya sangat gembira kerana cikgu Zainal Abidin bercerita pasal pendidikan di zamannya. Sedihnya juga mendengar cerita AB Nor tentang perjuangan anak seni yang sentiasa ghairah dengan dunia seninya hingga ada yang mati di atas pentas. Seronok mendengar tokoh-tokoh ulama yang belajar sampai ke Singapura di Madrasah Al-juneid untuk menjadi orang penting agama. Permulannya mereka melalui detik sukar dan belajar ke negeri orang dengan harapan menggunung dgn semangat patriotik yang tinggi. Orang bangga dengan cikgu Muhamad Bujang yang merupakan orang terawal berguru di Maktab perguruan Tanjung Malim, Mortada haji Daud di Singapura dan Osman B yang begitu tekun dengan orkestra bangsawannya. Ini semuanya perjuangan. perjuangan memertabatkan harta bangsa milik warisan mereka. Hal ini tidak bermakna jika tidak ada lagi orang yang berminat dan menjadi penyambung kepada nilai-nilai itu. Kita mesti sedar dan bertindak melakukan sesuatu demi untuk harga diri adat, budaya dan warisan bangsa kita. Tanpa nilai-nilai ini tidaklah kita digelar Melayu Sarawak. Kita tidak perlu menjadi terlalu obses untuk menjadi Melayu tetapi berbangga dengan warisan yang kita ada kerana dari situlah kita digelar bangsa yang berbudaya dan bertamadun. Hari ini, kita terjebak antara dua simpang, arus moden yang berkiblatkan materi dan kesedaran untuk mempertahankan budaya bangsa milik kita. Kita telah melahirkan ramai tenaga profesional tetapi sayangnya kita tidak begitu faham tentang pengertian budaya, bahasa dan budaya milik kita. Ini perlu diperbetulkan dan kita perlu bekerja keras ke arah itu. Sekarang ini tak ramai yang gemarkan bangsawan Melayu. Anak-anak kita sukakan realiti TV. Mereka tidak perlukan drama dalam syair lagi. Kenapa, kerana zaman telah berubah dan hendaknya kita kembali mengubah zaman, bukan zaman dan pencemaran mengubah kita. Jika kita gagal, kita akan hancur ditelan arus zaman dan kita kehilangan mutiara berharga milik bangsa kita.
Friday, February 27, 2009
Melihat kenyanyukan
Minggu ini rentetan peristiwa berlaku di depan kita dengan pergolakan dan provakasi yang dicetuskan ahli politik kita - tidak kira mereka veteran atau muda, motifnya jelas mereka sudah menjadikan medan di Parlimen gelanggang untuk menunjukkan jaguh. Dalam parlimen mereka telah meletakkan diri mereka seperti raja dan menggunakan segala bahasa celupar dan kesat yang sebenarnya menampakkan kegelojohan, keangkuhan dan sebenarnya kebodohan mereka sebagai manusia yang lebih waras dan diberikan Tuhan akal untuk menjadi lebih insani. Sikap percaya kepada pendirian sendiri, tafsiran pandangan sendiri dan hujah yang menguntungkan diri sendiri jelas sekali dipergunakan sebaiknya untuk menegakkan akal dan pendirian diri sendiri. Provokasi ini jika berterusan berlaku akan memungkinkan perkelahian yang lebih besar kerana jelas sekarang ini, orang yang dulunya dianggap minoriti telah mendapat keajaiban untuk menunjukkan taringnya dan melupakan bahawa majoriti yang ada itu sedang menunggu masa untuk bertindak di luar batas rasional. Jika hal ini masih tidak dikawal atau dibendung, kemungkinan besar hal yang dahsyat pasti akan berlaku dan jiwa yang tidak berfikir sebaiknya akan melayang. Emosi kian dipermainkan sebaiknya oleh para politikus kita dan kerja tafsiran undang-undang dan saman-menyaman menjadi semakin ketara. Hal ini terjadi kerana masalah sebenarnya orang Melayu sudah jelas sekali rosak dan berpecah-belah. Mereka dalam keadaan yang lemah dan tidak teratur lagi dalam proses berfikir dengan lebih baik dan rasional mengakibatkan tindakan mereka sudah lari dari cara asal golongan yang lalu, yang lebih santun dan menghormati pemimpin. UMNO, PAS dan orangIslam akan rugi besar jika mereka masih enggan melihat kerosakan yang telah berlaku ini dan jika mereka tidak sedar akan perpaduan yang perlu mereka tegakkan, kemungkinan besar dalam 10 tahun akan datang, Malaysia akan bertukar menjadi Singapura, contoh terbaik yang telah melenyapkan kuasa politik orang Melayu dan merugikan survival bangsa. Orang Melayu mesti sedar mereka tidak mampu lagi berlaga fikiran hanya kerana pemimpin kita semakin rakus dan mementingkan diri sendiri kerana ingin berkuasa dan menganggap diri sama seperti Raja juga. Golongan minoriti kini sedang mula memperlihatkan kejaguhannya, semakin berani dan mempersoalkan banyak perkara tidak kira yang membabitkan hak istimewa Bumiputera, bahasa, Raja dan agama Islam. Orang Melayu mesti berwaspada dan segera sedar kerana jika mereka silap, masa depan cuci cicit kita akan tergadai dan yang ada pada kita hanya tinggal nama sahaja. Ayuh segera bangkit dari lena dan permainan bodoh yang merugikan ini.
Monday, February 23, 2009
Such a beautiful place, Lumut
Air kian biru di pantai Lumut.....
For the last couple of days, I spared my time to seek for friend in Lumur Perak. A place where the new MB stay in. Such a beautiful place Lumut, bluewish island, peaceful beach and the utmost important thing is a very kind person I met in Perak. Timbul rasa berahi mengenali mu Lumut. A sweet smile, a pleasant and cool facet of welcoming greet... Di sana saya menemukan persahabatan yang sangat saya hargai, rasa bunga kasih, rasa keinsanan dan rasa kelainan menjadi orang yang ingin diketahui lebih dekat tetapi pertemuan yang singkat itu menjadikan kita kenal harga budi, ketulusan dan keikhlasan untuk menjadi diri lebih baik. Saya menjadi sangat ingin mengolah kata-kata klasik yang indah dan cantik, yang menjadikan segala perasaan saya tambah seni dan biru. I don't know how to describe it further tetapi ia menjadikan saya lupa sebentar bahawa di tempat saya tengah santai itu pergolakan berebut kuasa amat dahsyat dan bergolak sekali. Insan yang menjadikan politik medan makanan dan mainan lupa bahawa mereka seharusnya melakukan sesuatu yang terbaik untuk rakyat tetapi kerana kuasa lebih penting, rakyat bagaikan jadi mangsa kepada segala permainan itu. Saya tidak ingin mengulas hal itu lebih panjang tetapi cukup saya mengatakan saya amat damai ketika berada di Lumut, lupa akan masalah saya buat sebentar dan kembali berada dalam alam nostalgia yang membahagiakan. Za, terima kasih atas layanan mesramu. Panjang umur kita jumpa lagi.

Wednesday, February 4, 2009
Belajar main drama
Kadangkala melihat episod demi episod yang berlaku di Perak memperlihatkan keseronokan orang bermain dengan catur. Sebagai penulis dan peminat drama, saya bagaikan tekun dan terpegun mengikuti rentetan peristiwa ini. Bermula dengan pengumuman Ketua Penasihat PKR menyatakan kemungkinan besar ahli-ahli BN melompat kepada arena yang baru, keadaan terjadi sebaliknya. Dalam diam secara halus adun-adun PR nampaknya bosan dengan gelagat ketua mereka dan mula menjadikan keadaan kelam-kabut. Senyum MB Perak dengan laungan demokrasinya semasa kemasukan sebentar adun Bota ke dalam PKR nampaknya sekadar gumbira sementara dan keadaan menjadi parah dengan gelagat si Adun Bota yang kembali ke pangkuan ibunya. Nampaknya macam jadi spy aje kot. Hehehe! Kini si MB tu sangat berdukacita selepas bergelak ketawa dengan pengumuman akan ramailah pendekar-pendekar BN akan keluar meninggalkan UMNO. Hai entahlah, cakap sapa yang betul ni kitapun tak tau tapi yang saya fahami daripada kejadian ini, kadangkala kita tidak boleh cakap besar dulu dan mempermainkan politik untuk berlagak dan menunjuk kuasa apatah lagi menyalahgunakannya. Tuhan tak suka dan ini telah terjadi. Nampaknya kerja pujuk memujuk orang bagaikan cerita yang tidak pernah berhenti bermula dari dahulu lagi di mana wakil rakyat mudah sekali bereksperimen dengan kuasa dan membelakangi kepentingan umum yang mahukan mereka memperlihatkan urustadbir yang baik. Dari awal lagi pakatan PR bukanlah pakatan yang kukuh, dengan komposisi yang rapuh disusuli lagi dengan kelemahan MBnya dalam mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam, keadaan menjadi lebih parah bilamana beliau dilihat sekadar badan yang sekadar duduk di atas kerusi menjadi rubber stamp kepada keputusan yang dibuat oleh orang yang paling berpengaruh di sebelahnya. Lebih dukacita barisan exconya pula gagal berperanan mengimbangi keputusan-keputusan yang merugikan orang Melayu ini. UMNO dengan cepat menghidu kelemahan ini dan mengeksploitasinya sebaik mungkin ditambah lagi kelantangan barisan pembangkang yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak, menjadikan keadaan menjadi tidak selesa dan memedihkan hati majoriti orang Melayu di Perak. Itu kata analisis yang saya baca. Tapi hal itu bukanlah perkara pelek sebenarnya kerana tafsiran undang-undang dan peraturan terletak di tangan orang yang memegang kuasa dan legislatif. Mereka boleh cabar mencabar dan tuduh menuduh. Siapa yang lebih bijak dan kuat, dialah yang paling menonjol. Ini telah diperlihatkan sejak zaman azali lagi dan rakyat bagaikan terdorong untuk memuja hero-hero baru yang mereka anggap boleh membela mereka manakala yang dilihat pasif dan kurang agresif, selalunya bakal tumbang. Nampaknya dalam politik negara kita rakyat dan pemimpin belum belajar untuk lebih rasional dan berfikir menjadi lebih baik. Saya melihat PR belum lagi mampu mentadbir negeri dan negara dengan lebih berkesan berdasarkan senario yang mereka tunjukkan, dengan keadaan di Kelantan yang sekadar lembab begitu, ekonomi Pulau Pinang yang merudum, Perak yang kecoh dan Selangor yang sarat dengan permasalahan tadbirurus, kita mengharapkan mereka sama-sama berganding bahu dengan BN untuk duduk semula memikirkan apakah yang terbaik untuk rakyat. Saya tidak nampak apa yang telah PR kotakan dalam janji manifesto mereka untuk menjadikan kerajaan mereka lebih baik berbanding BN. Yang lebih dahulu mereka fikirkan adalah tukar kereta rasmi dengan jenama yang lebih mewah dan canggih sedangkan isu tanah runtuh dan rumah murah rakyat belum lagi selesai-selesai. Rekod dan personaliti yang mereka tunjukkan pada 5 buah negeri yang mereka kuasai tidak menampakkan mereka lebih baik berbanding BN malahan dianggap lebih buruk dan merugikan berdasarkan kualiti kepimpinan yang mereka telah tunjukkan. Entahlah, harap-harap kerajaan yang ada ini terus stabil dan siapa pun yang jadi ketua eloknya jangan cakap besar, ego, besar kepala atau membelakangi hasrat umum yang memerintah mereka. Merendah dirilah dan jaga hati rakyat sebaiknya, bukan jadi orang lupa diri dan mula fikir bagaimana nak cepat kaya melalui kuasa yang mereka ada. Jika gitulah tabiatnya, baik suruh aje beruk memerintah!
Subscribe to:
Posts (Atom)